Khamis, 9 Mei 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013



Buat semua yang pelajar khasnya puteri-puteri SMK CS di tingkatan 1 dan tingkatan 2 ingin saya dan semua guru-guru mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun yang akan berlangsung dari 7 MEI 2013 sehingga 14 MEI 2013. Saya mendoakan kesihatan semua pelajar dan guru-guru agar diberikan kekuatan untuk hadir dan menjayakan peperiksaan ini. Bersama dengan ini saya sertakan beberapa gambar yang boleh kita renungkan bersama....

1) ANTARA KEJAYAAN DAN KEGAGALAN?
Kita diajar dan dilatih untuk mencipta kejayaan dalam hidup ini, namun setiap langkah yang kita lakukan pada hari ini merupakan titik permulaan untuk kejayaan...sebaliknya dengan tidak melakukan apa-apa merupakan titik kegagalan dalam hidup ini.

2) ADAKAH KEJAYAAN?

Yes!!!! kejayaan yang akan kita peroleh apabila kita mula merancang untuk berjaya..anda seharusnya menggengam kejayaan yang ingin dikecapi tanpa melepaskan ia walaupun rintangan datang melanda.

3) KEBAHAGIAAN KELUARGA?
Sudah pasti keluarga akan bahagia dengan kejayaan yang diperoleh..setiap ibu bapa di dunia sangat mengharapkan dan mengimpikan kejayaan akan diperoleh dalam apa jua peperiksaan yang diduduki oleh anak-anak mereka...

P/S : Ayuh puteri-puteri CS bersama dengan saya dan guru-guru untuk meningkatkan prestasi kejayaan sekolah CS...saya bangga dengan semua warga CS..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan