Sabtu, 11 Mei 2013

PERPISAHAN 2013

Program : Perpisahan dan Persaraan
Tempat  : Dewan SMK CS
Objektif : 1) menghargai perkhidmatan guru dan staf di CS
               2) memberi peluang terakhir untuk perkongsian pengalaman
               3) meraikan mereka yang telah lama berkhidmat
Diraikan : 1) Pn Suriani Zainal Abidin guru kh ke SMK Chong Hwa Gombak
                2) Pn Siti Sayeedah Rahman guru bahasa Inggeris ke SMK Segambut Jaya
                3) Pn Ramlah Ismail bersara wajib.

Amat menyedihkan apabila guru-guru petang terpaksa merelakan pemergian guru yang banyak pengalamannya di sekolah ini. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn Suriani Zainal Abidin guru kh ke SMK Chong Hwa Gombak dan Pn Siti Sayeedah Rahman guru bahasa Inggeris ke SMK Segambut Jaya...Ramailah yang tidak dapat menerima hakikat ini namun kami pasrah dan akur dengan perintah yang dikeluarkan..Jom layan gambar yang menjadi kenangan kami terhadap mereka berdua...

Pn Suriani Zainal Abidin yang sedang berdiri sebelah kanan bertudung pink tetap dalam ingatan warga CS

Pn Siti Sayeedah berada disebelah kiri jasamu selama di CS akan sentiasa meniti dibibir mulut



P/S ; Pada mulanya saya agak terkejut dengan surat yang disampaikan, namun tetap akur dengan setiap arahan yang diberikan..Dimana pun kita tetap cikgu dan tugas kita tetap sama menggalas tanggungjawab besar mendidik pelajar...selamat bertugas ditempat yang baru dan pintu CS sentiasa terbuka untuk kunjungan anda berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan