Rabu, 15 Mei 2013

Hari Guru 2013


Tarikh :16 MEI
Waktu : Setiap tahun, sekali setahun
Sambutan : Hari guru
Tema : 1 Aspirasi 1 Agenda


 
 
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
3.dah la boleh buat pnjaman bnyk.
4. keja main ngan budak2 je pon.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..


doktor salah rawat, 1 org je mati/cacat
lawyer salah bicara, 1 org kalah kes
guru salah konsep, habis 1 kelas sesat sampai mati kecuali dibetulkan

Saya sayang cikgu saya....
saya sayang kerja saya ....
 
SELAMAT HARI GURU....
KHASNYA GURU-GURU SMK CONVENT SENTUL
DAN AMNYA GURU-GURU SELURUH MALAYSIA
 

 

 

Sabtu, 11 Mei 2013

MINGGU BAHASA MELAYU

Program : Minggu Bahasa Melayu 2013
Tempat   ; Dewan SMK CS
Objektif  : 1) menarik minat pelajar untuk menguasai bahasa kebangsaan
                 2) melibatkan semua pelajar untuk aktiviti bahasa
                 3) memupuk semangat kebangsaan dan kerjasama antara ahli kelas
Pengisian : 1) Pertandingan membaca berita dalam kalangan pelajar tingkatan 2
                 2) Pertandingan mewarna dalam kalangan pelajar tingkatan 1
Refleksi   : Kerjasama diberikan oleh semua pelajar dan mereka berminat untuk meneruskan aktiviti minggu bahasa melayu ini.

Antara peristiwa yang sempat mencuri tumpuan krew-krew kami...

Pertandingan membaca berita bersama dengan wakil setiap kelas tingkatan 2:

2 ANGGERIK

2 BAKAWALI

2 CEMPAKA

2 DAHLIA

2 MAWAR

Pertandingan mewarna dalam kalangan pelajar tingkatan 1:



P/S : Saya bangga dengan penglibatan aktif pelajar sesi petang dalam menjayakan minggu bahasa ini. Dengan kesedaran ini seharusnya setiap daripada panitia khasnya menciptakan idea-idea yang kreatif dalam memastikan pelajar-pelajar kita berjaya menggunakan seluruh pengetahuan mereka semasa berada di sekolah..terima kasih cikgu-cikgu dan para pelajar!!!!


PENCERAPAN GURU 2013

Program : Pencerapan guru sepanjang tahun (Mentor-mentee)
Mentor   : Pn Nordalila Ismoi
Mentee  : En Mohd Mazwan Othman
Kelas     : Kemahiran Hidup
Tempat  : Bilik Jahitan
Objektif ; 1) berkongsi idea kreatif dalam pengajaran pembelajaran amali
                2) melihat guru yang lebih senior mengajar
                3) mencari titik kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran pembelajaran


Setelah mendapat mentor yang dipilih, setiap guru dibolehkan untuk mencerap masuk dan melihat sendiri bagaimana mentornya melaksanakan pengajaran dalam kelas. Berikut antara yang sempat dirakamkan sepanjang pengajaran amali yang dilakukan..







Refleksi : Guru ini berkeyakinan tinggi dengan memberikan penjelasan dari mudah ke sukar dan setiap pelajar dapat menyiapkan pola yang dibuat.100% pelajar berjaya membuat dan mengguntingkannya..

PERPISAHAN 2013

Program : Perpisahan dan Persaraan
Tempat  : Dewan SMK CS
Objektif : 1) menghargai perkhidmatan guru dan staf di CS
               2) memberi peluang terakhir untuk perkongsian pengalaman
               3) meraikan mereka yang telah lama berkhidmat
Diraikan : 1) Pn Suriani Zainal Abidin guru kh ke SMK Chong Hwa Gombak
                2) Pn Siti Sayeedah Rahman guru bahasa Inggeris ke SMK Segambut Jaya
                3) Pn Ramlah Ismail bersara wajib.

Amat menyedihkan apabila guru-guru petang terpaksa merelakan pemergian guru yang banyak pengalamannya di sekolah ini. Mereka yang dimaksudkan ialah Pn Suriani Zainal Abidin guru kh ke SMK Chong Hwa Gombak dan Pn Siti Sayeedah Rahman guru bahasa Inggeris ke SMK Segambut Jaya...Ramailah yang tidak dapat menerima hakikat ini namun kami pasrah dan akur dengan perintah yang dikeluarkan..Jom layan gambar yang menjadi kenangan kami terhadap mereka berdua...

Pn Suriani Zainal Abidin yang sedang berdiri sebelah kanan bertudung pink tetap dalam ingatan warga CS

Pn Siti Sayeedah berada disebelah kiri jasamu selama di CS akan sentiasa meniti dibibir mulut



P/S ; Pada mulanya saya agak terkejut dengan surat yang disampaikan, namun tetap akur dengan setiap arahan yang diberikan..Dimana pun kita tetap cikgu dan tugas kita tetap sama menggalas tanggungjawab besar mendidik pelajar...selamat bertugas ditempat yang baru dan pintu CS sentiasa terbuka untuk kunjungan anda berdua.

LATIHAN RUMAH SUKAN 2013

Rumah      : Pius Sesi Petang
Masa        :9.00 am - 10.30 am ( Selasa )
Tempat     : Padang Sekolah
Kehadiran : Guru Rumah Sukan Pius
Pencapaian lalu : Johan 2012
Harapan : mahu mengekalkan kejayaan yang lalu.

Dalam menuju sukan tahunan 2013 yang bakal berlangsung nanti, semangat setiap ahli rumah sukan amat memberangsangkan. Mereka setia untuk hadir 5 kali perjumpaan bermula awal persekolahan lagi. Amat membanggakan apabila kehadiran ahli rumah sukan ini sentiasa memberikan 5 markah penuh untuk komitmen kehadiran...





Kami guru-guru rumah sukan Pius sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan ahli rumah Pius...go go go PIUS!!!


Walaupun keletihan manjalani latihan namun demi semangat kesukanan kami tempuhi bersama.


P/S : Saya sebagai pemerhati bebas berharap agar penglibatan pelajar dalam kokurikulum di CS sentiasa didahulukan sama letaknya dengan penglibatan di bilik darjah..Jadilah seorang pelajar yang seimbang dalam pelbagai aspek mudah-mudahan anda akan lebih terbuka dan berfikiran positif...we need sport!!

Jumaat, 10 Mei 2013

WAJAH-WAJAH SEMASA PEPERIKSAAN

Peperiksaan      : Pertengahan Tahun 2013
Kelas                 : 2 Kenanga
Mata pelajaran : Pendidik Sivik
Waktu                : 5.35pm - 6.45 pm
Guru Pengawas : Pn Nor Syahirah

Mood : Berada dalam keboringan kerisauan dan kegembiraan
Tahap kesukaran soalan ; sederhana susah

Kekuatan : Semua pelajar hadir sepanjang peperiksaan

Tempat ; Koridor luar kelas
Kekuatan : Kami mendidik mereka untuk menyusun atur beg dengan kemas.


P/S : Saya mengingatkan setiap pelajar agar menyimpan semula semua kerusi dan meja apabila tamat peperiksaan. Di dalam kelas yang ditinggalkan hendaklah bersih dan kemas, setiap guru di waktu akhir haruslah memastikan semua pelajar menjalankan tanggungjawab mereka. Terima kasih saya ucapkan dan selamat berjuang untuk semua puteri-puteri CS khasnya ting 1 dan 2...moga kejayaan akan menjadi milik anda semua..good luck all the best!!!!!!

TAKLIMAT GANGGUAN SEX!!!

Program : Gangguan sex dalam kalangan pelajar.
Objektif : 1) Mendedahkan bentuk-bentuk gangguan sex
                2) Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap diri sendiri dan rakan.
                3) Memberikan info penting tentang langkah-langkah pencegahan.
Penceramah : Pn Noor Halwatul Raudah (Kaunselor Sekolah)

Pada bulan Februari telah berlangsungnya taklimat gangguan sex yang dihadiri dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan 2. Jom kita lihat gambar berbicara sepanjang program ini....
Bersahaja dengan penuh info penting telah disampaikan oleh kaunselor kita...



Walaupun berada dibelakang namun setiap yang bermanfaat telah dicatatkan oleh setiap pelajar..begitulah puteri-puteri kami yang sentiasa bersama dengan buka catatan masing-masing.

P/S : Saya memandang serius tentang gangguan sexsual yang semakin hangat diperkatakan..tambah pula kami sekolah perempuan dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membanteras gejala yang tidak sihat ini...ayuh laporkan setiap yang berlaku disekeliling anda dengan segera...we care all of uuu!!!