Khamis, 9 Mei 2013

ORIENTASI TINGKATAN 1/2013


Memulakan tirai 2013 sekali lagi SMKCS mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar di sekolah sekitar seperti SK Convent Sentul,SK Sentul 1,SK Seri Nilam,SK Batu Muda,SK Tamil Sentul dan beberapa sekolah yang lain. Permohonan yang amat menggalakkan ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa memohon agar Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah sektor Pengurusan Sekolah memberhentikan permohonan masuk pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2013. Daripada perjumlahan pihak sekolah telah menyenaraikan seramai 240 orang pelajar untuk diterima masuk ke SMKCS. Agak istimewa CS dihati mereka.......
Berikut merupakan rakaman manis yang telah dibuat sepanjang berlangsungnya minggu orientasi ini...jom kita layan gambar yang telah diambil oleh krew-krew kita....

1) Suasana di dalam dewan SMK CS
Setiap barisan yang melambangkan perpaduan dalam setiap kelas yang telah wujud sekian lamanya. Para pelajar sedang menunggu majlis perhimpunan rasmi.

2) Bersama Pk Kokurikulum Datin Cheam Swee Har
 

Kelihatan para pelajar baharu dan senior yang khusyuk mendengar dan mencatatkan maklumat yang disampaikan..penyampaian yang jelas ditambah suara Datin yang memecah kelayuan mata para pelajar untuk tidur menghidupkan majlis orientasi 2013.

3.Lawatan sekolahku rumahku...
Tempat : Kamar Selesa
Waktu dibolehkan : Semua pelajar boleh ke Kamar Selesa masa ke-3 dan ke-7

Tempat : Laluan masuk/balik sekolah
Waktu dibolehkan : Bila masuk ke sekolah sesi petang

Tempat : Kantin Sekolah
Waktu dibolehkan : Bila rehat (loceng 4.05ptg)

Tempat : Bilik-bilik khas (Makmal/bengkel/SAL)
Waktu dibolehkan : Bila guru mengarahkan bergerak ke tempat tersebut.

P/S ; Sekadar itu sahaja sepanjang berlangsungnya minggu orientasi yang dapat dikongsikan bersama. Hayatilah setiap saat berada di SMK CS kerana ia akan meninggalkan seribu kenangan manis kita bersama. Saya berharap agar semua pelajar khasnya tingkatan 1 dan 2 dapat mematuhi segala peraturan disiplin yang telah termaktub di sekolah ini. Marilah bersama dengan saya mencapai kejayaan di SMK CS....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan