Jumaat, 10 Mei 2013

SEKOLAH PENYAYANG 2013

Program     : Sekolah Penyayang 2013
Objektif       : 1) mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan pelajar.
                     2) meningkatkan keinginan pelajar untuk datang ke sekolah setiap hari.
                     3) memupuk nilai-nilai murni yang mendalam antara guru dan pelajar.
Pelaksaaan : Oleh guru bertugas semasa pelajar datang dan balik ke sekolah dengan memberikan kata                       selamat datang serta lambaian terakhir.
Tempoh        : Sepanjang tahun

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi menjayakan program sekolah penyayang ialah:
1) Sambutan kelahiran Bulan Januari 
Pn Tan bersama Cik Hamidah meraikan guru-guru serta para pelajar yang lahir dalam bulan Januari.

2)Sambutan kelahiran Bulan Februari
Guru-guru bersama dengan para pelajar diberi peluang memotong kek harilahir.

Kami sayang setiap warga Convent Sentul...dihari lahirmu kami raikan bersama.

3) Sambutan kelahiran Bulan Mac
Bersama kaunselor dan PK Petang, Cik Hamidah serta guru-guru menyanyikan lagu harilahir.

Ringkas tapi penuh dengan makna kesayangan yang wujud antara kita semua.

Setiap pelajar yang lahir bulan Mac akan kami hantarkan potongan kek untukmu...
Kami hiaskan dengan penuh kasih sayang agar dirimu sentiasa sihat dan cemerlang di Convent Sentul


P/S : Saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program sekolah penyayang...makin bertambahlah kasih sayang antara kita semua. Kepada semua pelajar haruslah merasai kemanisan saat meraikan sambutan kelahiran anda....kami amat menyayangi setiap pelajar di Convent Sentul........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan